Showing posts with label bola. Show all posts
Wednesday, May 25, 2016
assalamualaikum..
tadi berlangsungnya perlawanan Piala AFC peringkat kalah mati Pusingan 16
tadi berlangsungnya perlawanan Piala AFC peringkat kalah mati Pusingan 16
di antara JDT dari Malaysia menentang Kaya FC dari Filipina
kai sampai ke stadium jam 6 petang tapi cuaca tak berapa nak elok
kilat sambar menyambar petir berdentum
takut perlawanan di tunda atas sebab keselamatan
alhamdulillah lepas maghrib dah tak ada petir
tapi hujan turun dengan lebatnya hingga basah lencun semua penyokong
pakai ponco pon macam tak de function!
harimau tu kebasahan dek hujan lebat hu hu hu
sebelum perlawanan bermula..
Boys Of Straits ada buat persembahan yang sangat sempoi
tapi kai tak berkesempatan nak rakam
bawah ni video chant B.O.S versi cucak rowo
Harimau..Harimau oh Selatan
Luaskan Kuasamu.. La la la la la la la la
Hapuskan Semua Musuhmu
Roti Kaya Hey Di Makan Saja
Keputusan Penuh
Johor Darul Ta'zim [7] - [2] Kaya FC
Juan Martin Lucero 14', 53', 70' 53' OJ Porteria
Jorge Pereyra Díaz 23'(P) 88' Anton Ugarte
Azammuddin Akil 32', 39'
Mahali Jasuli 68'
*(P) = Sepakkan Penalti
Tag :// bola
Tuesday, May 24, 2016
Malam ini Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos akan menerima kunjungan Kaya FC dari Filipina
Perlawanan pusingan pertama peringkat kalah mati Piala AFC 2016
Bangsa Johor ! Jom Kita Penuhkan Stadium Keramat Kita!
JDT (MAS) vs Kaya FC (PHI)
25-May-2016
8.45 Malam
Live di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Larkin
Live di TV9
HIDUP JOHOR , DEMI JOHOR
Tag :// bola
Monday, May 23, 2016
Kumpulan A
T-Team
Kedah
Sarawak
Johor Darul Ta'zim II
Kumpulan B
Selangor
Kelantan
Pahang FC
Kuala Lumpur
Kumpulan C
Johor Darul Ta'zim
PDRM
Perak
Selangor PKNS FC
Kumpulan D
KL Felda United FC
Terengganu
Melaka United
Negeri Sembilan
Tag :// bola
Thursday, May 19, 2016
Assalamualaikum...
pagi tada di Pusat Latihan Tertutup Dato' Sulaiman Seri Gelam berlangsungnya sesi latihan
pasukan Johor Darul Takzim(JDT) bersama Valencia CF dari La Liga
Jam 10 pagi player-player JDT tiba di lokasi
*Gambar berformat GIF (selang 2 saat akan bertukar)
Dalam jam 11 pagi rombongan dari Valencia CF pun tiba di sambut oleh B.O.S(Boys Of Straits)
Bawah ni aksi-aksi mereka ketika Sesi Latihan
*Gambar berformat GIF (selang 2 saat akan bertukar)
kai bernasib baik sebab berpeluang untuk berselfie dengan player-player JDT
tak berkesempatan pulak nak selfie dengan player Valencia CF
Wak Amri Yahya
Syafiq Rahim
Nazrin Nawi
Belang JDT
Mafla Valencia CF
Tag :// bola
Wednesday, May 18, 2016
Assalamualaikum...
Tadi kai menyaksikan Siaran Langsung Perlawanan Liga Super di antara
Tadi kai menyaksikan Siaran Langsung Perlawanan Liga Super di antara
Johor Darul Takzim(JDT) melawan Pahang FC
di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Larkin.
Biaselah kat Larkin ni orang akan masuk seawal 5 petang untuk dapat seat paling best
tapi memandangkan semalam hari Rabu hari orang bekerja so tak kisah la kalau datang lambat pon
dari rumah kai ke stadium dalam 10 minit je merempit hehe..
tapi cuaca tak brape nak best sangat hari ni sebab hujan di sebelah petang..
Alhamdulillah sebelum sepak mula hujan berhenti..
yang best kat Larkin ni adalah sebelum sepak mula akan ada persembahan dari B.O.S(Boys Of Straits)
tak lupe jugak penyokong JDT yang sangat sporting..
bila MC sebut nama player semua penonton akan sama-sama menyambung nama pemain
bila MC sebut nama player semua penonton akan sama-sama menyambung nama pemain
contoh...
MC: Pereyra !!!
Penyokong: Diaz!!!
kalau korang nak merasai pengalaman tu kene datang sendiri la kat Larkin.
sedikit gambar kai ambil semasa perlawanan.
yang kelakar hari ni adalah apabila bendera linesman patah ...
huhuhu...
huhuhu...
satu stadium gelak ...
keputusan perlawanan malam ini..
Johor Darul Takzim [3] - [0] Pahang FC
Amirul Hadi 54"
Martin Lucero 62"(P) 64"
*(P) = Sepakkan Penalti
Tak lupa juga kepada B.O.S yang tak berhenti chant dari sebelum perlawanan bermula hingga ke tiupan wisel penamat.
Tag :// bola
Tuesday, May 17, 2016
Tag :// bola



























