Showing posts with label wayang. Show all posts

Thursday, September 28, 2017
Chasing The Dragon

Sinopsis:

Berlatarbelakangkan pada tahun 60an, seorang lelaki bernama Ho telah terlepas ke Hong Kong dari Tanah Besar China, di mana ketika itu Hong Kong dibelenggu dengan masalah kongsi gelap di bawah pentadbiran British. Dia kemudian mendapat bantuan daripada Detektif Lee Rock untuk melarikan diri dari seksaan Polis British. Dia mula dikenali sebagai Crippled Ho apabila dia mengorbankan kaki kanannya ketika menyelamatkan Rock dalam satu pertempuran kumpulan. Kedua-dua mereka mula menjadi rapat dan mula menguasai Hong Kong. Penubuhan ICAC pada tahun 1974 telah memaksa Rock untuk bersara awal tetapi Ho masih nekad untuk menjadi raja dadah.

Review:

Donnie Yen dan Andy Lau antara hero-hero kegemaran den..
jalan cerita dia mula-mula ala-ala young and dangerous
penceritaan mengenai keluarga..
dan scene gaduh yang best ...
lagi-lagi gaduh kumpulan gengster 100 lawan 100..
dan yang paling penting watak apek gemuk tu yang biase jadi polis..
kalau korang selalu tgk cita polis hong kong mesti korang taw watak polis tu..
jadi korang kena tengok cerita ni kalo korang suka aksi-aksi gaduh dan tembak menembak
memang best gila
ok tak nak bagi spoiler sgt nanti tak best 

Rating:

Tag :
Wednesday, December 14, 2016

Rogue One : A Star Wars Story

Sinopsis:

Filem ini adalah di antara "Star Wars: Episode III Revenge of the Sith" dan "Star Wars: Episode IV A New Hope", ketika zaman Empayar. Ia mengisahkan tentang sekumpulan penentang yang bergabung untuk mencuri pelan ke Death Star, iaitu stesen pertempuran bergerak Empayar Galaktik yang mampu memusnahkan seluruh planet. 

Review:

kepada anda yang layan filem-filem Star Wars nie..
mesti tertunggu-tunggu filem ni lepas The Force Awaken
macam di katakan dalam sinopsis..
ni filem tengah-tengah antara Star Wars Episode 3 dan Star Wars Episode 4
jalan cerita memang best...
banyak jugak part kelakar...
Donnie Yen memang best...
biase la fighting dia..
cuma tak ade Jedi dalam filem kali ni..
ade pon Anakin @ Darth Vader je..
so jangan mengharap nak tengok Lightsaber sangat..
jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton di pawagam berhampiran okay!

Rating:

Tag :
Friday, June 10, 2016

Warcraft : The Beginning

Sinopsis:
Filem ini berkisarkan tentang Anduin Lothar menentang Durotan, Manusia dan adiwira Orc dari permainan video popular dengan nama yang sama, sebagaimana Dark Portal terbuka untuk menghubungkan Azeroth yang aman damai dengan dunia malap Draenor. Tamadun Azeroth berdepan kemusnahan apabila pejuang-pejuang Orc cuba menjajah dunia mereka untuk mengelak dari pupus.

Review:
okay salah satu dari filem yang kai nantikan..
sebab game ni berdasarkan game yang kai main iaitu Warcraft
kalau anda yang pernah main Campaign game kat Warcraft ade la sedikit jalan cerita dia sama dengan game tersebut
overall jalan cerita memang best di mana dunia Orc yang dah musnah terpasksa menjajah dunia lain
yang selama ni aman walau terdapat berbagai puak seperti Dwarf,Elf dan Mages.
aksi perperangan yang best ibarat macam tengah main game..
so korang mesti tengok cerita ni ..
kompem best..
ala-ala cerita Lord of The Ring la .. 
tapi ade sambungan dia akan datang ..
so mereput la tunggu..

Rating:

Tag :
Thursday, June 2, 2016

Teenage Mutant Ninja Turtles: Out Of The Shadows

Sinopsis:
Selepas kejadian pada filem pertama, Leornado,Raphael,Donatello dan Michelangelo kembali dengan misi baru di New York untuk menewaskan Krang dari Dimensi X dan juga setelah Shredder dapat melepaskan diri dari tahanan polis.Tetapi kali ini mereka bertemu dengan penyelamat baru iaitu Casey Jones seorang pegawai polis yang gemar bermain hoki.

Review:
ok ini salah satu filem yang kai nantikan selain filem-filem lain.
semestinya cerita ni penuh lawak dan komedi sebab untuk budak-budak 
tapi orang dewasa pon melayan jugak ..
aksi-aksi CGI semakin gempak dan best serta aksi-aksi lawan yang sememangnya AWSOME!
lagi-lagi si Mikey dia memang tak habis-habis buat lawak
jadi korang kenalah tengok di pawagam berhampiran okay!

Sedikit Gambar dapat di ambil semasa menonton:





Rating:


Tag :
Thursday, May 26, 2016

Ratchet And Clank

Sinopsis:
Diadaptasi dari permainan video bersiri dengan judul yang sama, ia mengisahkan tentang Ratchet, seorang anak yatim piatu Lombax, dan Clank yang kecil tetapi merupakan robot yang sangat bijak. Selepas mendapat tahu mengenai senjata yang akan memusnahkan planet, mereka bersatu dengan Galactic Rangers untuk menentang makhluk asing jahat, Chairman Drek dari memusnahkan Solana Galaxy, sementara belajar mengenai nilai keberanian, persahabatan dan mencari identiti sendiri.

Review:
kaki gaming or kaki playstation mesti tau pasal Ratchet nie..
tadi kai tengok cerita ni memang kelakar..
ye la kan cerita untuk budak-budak 
tapi ni budak tua yang tengok..
overall jalan cerita dia menarik
dan banyak adengan-adengan kelakar yang membuatkan anda ketawa..
so pada yang ada anak tu boleh la bawak pergi tengok ye..

Rating:

Tag :
Monday, May 23, 2016

My Stupid Boss

Sinopsis:
Memaparkan tentang kisah seorang ahli perniagaan Indonesia yang mempunyai syarikat besar di Kuala Lumpur. Dia digelar Bossman dan merupakan orang yang bertanggungjawab dalam segala permasalahan dalam syarikatnya berikutan dia mempunyai prinsip `Bos sentiasa betul`. Sementara itu, setiausaha Bossman, Diana, pula terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah di syarikat tersebut yang mana tahap kesabarannya diuji.

Review:
Seriously cerita ni memang berdekak..
kai dok berdekak sorang-sorang dalam hall sebab kai sorang je yang tengok tadi..
ibarat kai sewa satu hall untuk diri sendiri.. haha!
jalan cerita dia memang kelakar..
mula-mula cerita je dah ade lawak-lawak..
dan berterusan lawak hingga ke akhirnya..
macam mana la kalo korang dapat boss yang macam nie..
kedekut lepas tu dia je yang betul..
kalau korang nk taw lagi kenalah tengok sendiri ..
overall memang best ..

Rating:


Tag :
Friday, May 20, 2016
X-Men : Apocalypse

Sinopsis:
Musuh terbaru yang bakal ditentang oleh X-Men kali ini tidak sama seperti sebelum ini. Penjahat yang digelar Apocalypse ini adalah mutant purba yang mempunyai kuasa yang sangat luar biasa dan mahu menguasai dunia.

Review:
Kepada yang minat komik atau kartun X-Men ni mesti taw kan betapa powernya Apocalypse nie..
tapi filem ni tak macam filem-filem yang asal sebelum nie dia kira sekual kepada X-Men First Class(2011) dan X-Men : Day of Future Past(2014) dan cerita ni mengisahkan tertubuhnya X-Men.
jalan cerita yang menarik dan ada part yang sangat kelakar bila part Quick Silver beraksi.
kai tak nak cerita nanti jadi spoiler pulak.
tapi memang part tu ramai orang gelak.
jadi korang kena tengok di pawagam berhampiran anda okay!

Rating:


Tag :

Like My Page!

Follow Me

My Radio Station

Ads

Powered by Blogger.

Top Commentators

Copyright © Kai Ssi Blog