Thursday, May 19, 2016
Assalamualaikum...
pagi tada di Pusat Latihan Tertutup Dato' Sulaiman Seri Gelam berlangsungnya sesi latihan
pasukan Johor Darul Takzim(JDT) bersama Valencia CF dari La Liga
Jam 10 pagi player-player JDT tiba di lokasi

*Gambar berformat GIF (selang 2 saat akan bertukar)

Dalam jam 11 pagi rombongan dari Valencia CF pun tiba di sambut oleh B.O.S(Boys Of Straits)







Bawah ni aksi-aksi mereka ketika Sesi Latihan

*Gambar berformat GIF (selang 2 saat akan bertukar)

kai bernasib baik sebab berpeluang untuk berselfie dengan player-player JDT
tak berkesempatan pulak nak selfie dengan player Valencia CF

Wak Amri Yahya

Syafiq Rahim

Nazrin Nawi

Belang JDT

Mafla Valencia CF






Tag :
Wednesday, May 18, 2016
Assalamualaikum...
Tadi kai menyaksikan Siaran Langsung Perlawanan Liga Super di antara
Johor Darul Takzim(JDT) melawan Pahang FC
di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Larkin.

Biaselah kat Larkin ni orang akan masuk seawal 5 petang untuk dapat seat paling best
tapi memandangkan semalam hari Rabu hari orang bekerja so tak kisah la kalau datang lambat pon
dari rumah kai ke stadium dalam 10 minit je merempit hehe..
tapi cuaca tak brape nak best sangat hari ni sebab hujan di sebelah petang..

Alhamdulillah sebelum sepak mula hujan berhenti..
yang best kat Larkin ni adalah sebelum sepak mula akan ada persembahan dari B.O.S(Boys Of Straits)


tak lupe jugak penyokong JDT yang sangat sporting..
bila MC sebut nama player semua penonton akan sama-sama menyambung nama pemain
contoh...
MC: Pereyra !!!
Penyokong: Diaz!!!

kalau korang nak merasai pengalaman tu kene datang sendiri la kat Larkin.
sedikit gambar kai ambil semasa perlawanan.



yang kelakar hari ni adalah apabila bendera linesman patah ...
huhuhu... 
satu stadium gelak ...

keputusan perlawanan malam ini..

Johor Darul Takzim [3] - [0] Pahang FC
Amirul Hadi 54"              
Martin Lucero 62"(P) 64"                        

*(P) = Sepakkan Penalti

Tak lupa juga kepada B.O.S yang tak berhenti chant dari sebelum perlawanan bermula hingga ke tiupan wisel penamat.

     
Tag :
Tuesday, May 17, 2016


Malam ini Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos akan menerima kunjungan Pahang FC
Bangsa Johor ! Jom Kita Penuhkan Stadium Keramat Kita!


JDT vs Pahang FC
18-May-2016
9.00 Malam
Live di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Larkin

HIDUP JOHOR , DEMI JOHOR

Tag :
Wednesday, May 11, 2016

assalamualaikum...
alhamdulillah selesai sudah penukaran domain blog ini dari
www.kaissi.ml ke www.kaissi.my

kai menggunakan domain dari Yeahhost Sdn. Bhd.
sebab tengah promosi kot .. domain dot my RM46++ (termasuk gst)

so kalau ada kawan-kawan nak merasa menggunakan domain dot my
boleh la usha kat www.yeahhost.com.my
Tuesday, May 10, 2016

Assalamualaikum...
Semoga hari-hari anda indah dan permai disamping orang yang tersayang...
Setelah lama menyepi dari dunia blogging nie...
Akhirnya kai telah membuat keputusan untuk kembali berblogging sebab sekarang ni kerja dah senang dan banyak menggunakan internet so apa salahnya
sambil menyelam pekena caramel machiatto kekeke...

Ok lah itu je yang nak di ungkapkan pada entri perasmian nie..

P/s : Mungkin kali ni try pakai blogger je kot hehehehe

Like My Page!

Follow Me

My Radio Station

Ads

Powered by Blogger.

Top Commentators

Copyright © Kai Ssi Blog